Laman Utama — Portal PSTL Kuantan
09-5839740 pstlktn@gmail.com
Portal Rasmi PSTL Kuantan Admin

Visi, Misi & Objektif

Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, PSTL Kuantan

VISI

Menjadi Sebuah Angkatan Laut yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030

MISI

  • 1

    Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara

OBJEKTIF

  • Untuk mencapai misi dan visi tersebut, fungsi PSSTLDM tertumpu kepada perkara berikut:

  • Melengkapkan Angkatan Tetap: Menyediakan sumber manusia simpanan yang bersemangat juang, berkemahiran tinggi, dan mempunyai kecekapan setanding warga tetap TLDM.

  • Pertahanan Menyeluruh (HANRUH): Bertindak sebagai pasukan pelapis atau benteng kedua dalam menyokong angkatan tetap bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

  • Integrasi Kepakaran: Menggabungkan pelbagai latar belakang kerjaya dan kepakaran anggotanya (seperti perkapalan, perubatan, pengurusan, dan kejuruteraan) untuk membantu operasi maritim

NILAI TERAS

Kemuliaan (Honor)

Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan profesional demi kebaikan organisasi.

Kesetiaan (Loyalty)

Semangat setia kawan kepada rakan sekerja dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta negara.

Keberanian (Courage)

Semangat keperwiraan dan berpegang teguh kepada kebenaran serta bertanggungjawab terhadap semua tindakan.

Kebanggaan (Pride)

Berkhidmat untuk TLDM dengan penuh rasa megah, komited dan berdedikasi.